17 March 2009

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Muara sungai Melaka merupakan tapak asal yang menjadi saksi kewujudan pelabuhan Melaka di zaman kesultanan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Timur & Barat, China dan Asia Tenggara, India dan Eropah pada abad ke 15 - 16. Telah dicatitkan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka dan 4 orang syahbandar dipertanggungjawapkan menjaga kepentingan pedagang asing. Lebih 2000 pengangkutan laut pelbagai jenis berlabuh di pelabuhan Melaka. Pedagang dari tanah Arab, Parsi, China, Ryukyu, Filipina dan Siam bertumpu di pelabuhan Melaka disebabkan kedudukan semulajadinya yang strategik di kawasan sempit di selat Melaka dan dilindungi dari taufan oleh pulau Sumatera serta kawasan pertukaran angin monsoon yang sesuai untuk kapal-kapal perdagangan.

Pembinaan semula replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka ini melambangkan kehebatan Melaka dan teknologi ketika itu untuk dipertontonkan dengan lebih dekat kepada para pelancong. Putaran kincir air ini memperlihatkan kitaran kehidupan dan evolusi tamadun manusia akan kekal dan berulang kembali andai ilmu sentiasa dicari dan sejarah dijadikan pengajaran dan panduan.

*Petikan diambil dari Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.



No comments:

Post a Comment